Konsultan unit trust / unit trust consultant. Ramai yang
menjadi konsultan unit trust di Malaysia. Biasanya habis belajar kat university
dalam apa-apa bidang pun, bekerja dan buat secara part time sebagai unit trust
consultant.
Tetapi tidak ramai yang Berjaya menjadi manager dalam unit
trust, malah nak mencapai tahap supervisor pun tidak ramai. Mengapa ini boleh
berlaku. Bakpo, bakpo, bakpo kata ore kelate.
Dalam unit trust ni, Konsultan unit trust / unit trust
consultant kena mencari pelabur secara berterusan selain daripada mengekal
pelabur unit trust yang sama di mana setiap 3 bulan pelabur boleh keluarkan
duit epf untuk di labor dalam unit trust ni.
Yang sukarnya, nak cari pelabur baru. Mula-mula biasanya
ejen unit trust ni akan cari kenalan-kenalan nak offer mereka untuk
melabur, lama-lama kawan-kawan dah habis
di dekati dan tiba masa mencari pelabur-pelabur baru. Dalam entry kali ni saya
nak kongsikan cara unit trust consultant mencari pelabur baru secara online dengan bantuan
beberapa tools yang di gunakan untuk memasarkan produk-produk yang lain juga.
Panduan Konsultan Unit Trust Buat Sale Berganda
Apa yang saya nak kongsikan ini adalah menyalahi
undang-undang unit trust jika korang salah seorang ejen unit trust. Ha ha.
Takut kan, takpe. KOrang boleh amalkan teknik-teknik ini dengan syarat korang
kena rahsia identiti supaya tidak di kesan oleh public mutual atau cimb bank.
Boleh buat.
Sebagai ejen unit trust, melalui promosi secara online
adalah salah dank orang boleh di kenakan pengantungan selama 3 bulan. Tetapi
jika korang nak meningkat jumlah pelabur secara mendadak, korang boleh cuba
guna teknik yang saya kongsikan ni dengan syarat korang rahsia identiti korang
daripada unit trust tetapi pastikan bakal pelanggan boleh menghubungi korang
ikut email ke, telefon ke dan sebagainya.
- Buat minisite unit trust – minisite ni biasanya satu muka surat di mana korang tulis kat situh tentang unit trust seperti kelebihannya, cara melabur, caj-caj yang di kenakan dan buat juga perbandingan antara u nit trust seperti anatara unit trust public mutual dan unit trust cimb. Korang juga boleh bandingkan pendapatan unit trust dengan kwsp, mana lagi banyak. Ini memang bahaya kalau kwsp tahu tetapi seperti saya ingatkan tadi, korang sembunyi identity korang daripada public mutual, cimb dan kwsp. Pastikan hanya bakal klien sahaja boleh menghubungi korang. Hati-hati, nanti ada yang menyamar. Cara nak buat minisite ni senang sahaja. Guna blogspot pun boleh, tetap menawan. Boleh rujuk kat entry tentang buat minisite sendiri di mana korang boleh buat banyak minisite sendiri untuk apa-apa produk pun sebenarnya. Dalam kes ni produk korang ialah unit trust.
- Iklankan minisite guna adwords – selepas siap minisite korang, korang kena guna google adwords untuk pastikan minisite korang berada di page satu google,confirm ni yer tak tipu. Minisite korang boleh berada di page satu google dengan menggunakan keyword tertentu. Untuk mendapat pelabur, korang pun kena melabur jugalah untuk belajar cara setting google adwords ni supaya korang boleh jimatkan kos pengiklanan. Adwords ni masih belum meluas lagi di gunakan dan inilah masanya korang boleh mendapat tempat di page 1 google dalam unit trust. Adwords ni di mana korang bayar google untuk pastikan minisite korang berada di page satu enjin carian google. Korang hanya bayar google jika ada klien yang klik minisite korang. Jimat kan sebab biasa yang klik minisite korang tuh memang dia nak cari info tentang unit trust. Jika ayat minister korng power, mungkin ini adalah salah seorang pelabur unit trust korang. Korang boleh dapat info lanjut tentang cara guna adwords ni dalam entry lama saya.
- Info ringkas unit trust – kalau korang konsultan unit trust yang baru, korang memang dahagakan info kan seperti dana mana yang bagus untuk di cadangkan pada bakal klien, info nak jawab soalan bakal klien nanti sebab korang kena tahu info ringkas unit trust ni supaya korang senang nak buat sale nanti. Takkan nak harapkan senior je nak ajarkan, info ringkas unit trust ni korang boleh dapatkan di minisite info terkini unit trust.
Tiada jalan mudah untuk Berjaya. Korang ikuti
langkah-langkah yang saya kongsikan ini, banyak kerja kena buat tuh tetapi yang
bagusnya, korang hanya buat kerja sekali sahaja. Selepas itu, korang tunggu
bakal klien hubungi korang dan sudah semestinya akan banyak soalan akan di
tanya nanti.
Selepas itu, korang aturkan perjumpaan untuk penerangan
lanjut dan juga isi boring unit trust.
Close deal dank orang dapat komisen bergantung kepada berapa jumlah yang klien
korang laburkan dalam unit trust.
0 komen:
Post a Comment